Hidup ini satu Perjalanan

Dari SAHABAT buat SAHABAT,

Posted by: fatiyahhadi on: Mei 27, 2007

assalamualaikum,

 

seperti biase teori itu ideal.

nak buat  memang susah.

mujahadah kite masing-masing.

dikala banyak assignment ni makan pun dah tak tentu (kadang-kadang je)…

entah ke mane nak kejar assignment, nk kejar surau la, nak kejar dakwah sume2…

selamat bermujahadah ya sahabati…

 

Dedication to the ’special you’s:

 

Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya.

 

 

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya

 

 

Andai kau ingin sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya.

 

 

Andai kau ingin seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin kan menyalahkannya.

 

 

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa..

 

 

Jangan diharapkan sempurna
Kerana kau juga tidak sempurna..
Tiada yang biasa-biasa,
Menjadi satu yang sempurna.

 

 

Tapi bersahabatlah kerana Allah
Bersahabatlah kerana aqidah Islam
Bersahabatlah kerana kita saudara fillah,
Yang sama-sama dinaungi Islam.

 

 

Allah telah berpesan,
Innamal mu’minunal ikhwah,
Sudah jelas pesanan
Kita semua bersaudara sedarah…

 

Jadi sahabatku,
Bersahabatlah kerana Allah,
Kerana kau dan aku..
Hanyalah seorang `abdullah.,

 

 

`Abdullah itu, sahabatku
Tidak punya apa-apa,,
Melainkan hanya satu,
Itulah Allah yang Esa.,

 

 

Maafkanlah kesilapannya,
Kerana kau juga banyak silap,
Raikanlah kelebihannya,
Dia raikan dirimu terlalu acap.

 

 

Berlapang dadalah sahabat.
Kerana itu serendah ukhwah
Berkorbanlah sahabat,
Kerana itu setinggi ukhwah.

 

 

Marilah sahabat,marilah temanku,
Kita pupuk persaudaraan bersama,
Persaudaraan kerana Ar Rahman Ar Raheem,
Supaya kita bersama ke syurgaNya..

 

 

Itulah setinggi harapan,
Bersama bersua di syurga indah,
Moga doa dimakbulkan tulus ini,
Bertemu berpisah kerana Allah

2 Respons kepada "Dari SAHABAT buat SAHABAT,"

etty,

minta maaf if ade kate2 terlepas tanpa disedari mengguris hati
minta maaf if ade perbuatan yang menyakiti tanpa sedar
minta maaf if ade terlebih kata @ perbuatan yang menyinggung @ merimaskan
kesimpulan, minta maaf dosa dulu, hari ini dan akan datang
minta maaf sebab terlalu banyak minta maaf jugak

sayang etty

“Aku kasihi shbtku dgn segwenap jiwaku. Shbt yg baik adlh seiring dgnku & mnjaga nama baikku atau slps aku mati. Kuhulurkan tgn kpd shbtku utk brkenalan krn aku akn merasa senang. Semaikn ramai shbt, semakin aku prcaya diri. Aku selalu brharap mndpt shbt sejati yg tidak luntur baiknya dlm suka & duka. Jila aku dpt, aku ingin setiapdnya..”-IMAM SHAFIE

Tinggalkan jawapan