Posted by: fatiyahhadi on: Ogos 2, 2007
Assalamualaikum,
Dah lama tak menulis, tetiba rasa pada nak tulis pulak. Perasaan sepanjang minggu ini berbolak-balik. Adakah saya telah merosakkan apa yang telah saya usahakan? Adakah saya tidak sesuai? Bermacam-macam soalan. Penat bermain emosi. Selalu ditegur supaya jangan bermain dengan perkara yang telah lepas, kerana apa yang terjadi itu adalah yang terbaik, hikmahnya hanya Allah yang tahu. Tiada kebetulan di dalam Islam. Subhanallah. Allah yang maha Mengetahui, segala yang dilangit dan di bumi, yang ghaib atau nyata. Risaukan tentang pandangan manusia adalah sesuatu yang memenatkan. Kerana kita takkan dapat memuaskan perasaan manusia. Sebagai hamba Allah, saya hanya boleh menilai hidup saya mengikut pandangan Allah, kerana Allah itu maha tahu tentang Fitrah hamba yang telah di ciptakan-Nya. Tapi practicalnya, ia tidaklah semudah saya menulis blog ini. Saya sedang berusaha, utk tidak kisah kan tentang pandangan manusia, kerana ia MEMENATKAN- tapi tiada pulangan. I am learning to put my life in accordance with what Allah wants. I know it is hard, but i believe that living for Allah will benefit me and my life Hereafter, Insya Allah.
“Ya Allah, luruskan hatiku ke Jalan-Mu, Hanya padamu aku mengharap.”
sesungguhnya kata-kata manusia(atau pun pandangan mereka) takkan dapat saya tepis, jadi ingin saya share bersama satu ayat menguat semangat saya dengan kalian:
Bismillahirrahmanirrahim…
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan lah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.” (3:139)
Maka benarlah kata-kata Allah.
Mac 14, 2008 pada 7:58 am
Firdaus (bukan abang ety ye)…
“Mereka bilang kau tak punya apa-apa
Namun bagiku engkaulah kisah silamku
Cerita lama kisah suka dan duka bersamamu”
brisbane has long gone. but teringat lagu ni when i read this entry.