Hidup ini satu Perjalanan

Sudah lama ia tidak terisi….

Posted by: fatiyahhadi on: Julai 22, 2008

Dah lama blog ini tak terisi.

Tapi sejak akhir akhir ini, kalau boleh setiap insiden nak di tuliskan disini, biar ramai yang boleh belajar dari pengalaman sendiri.

Mari kita mulakan dengan incident yang paling hamper. Jumaat lalu, dalam perjalanan pulang ke kampong, saya berenti turun dari bus express di tepi bahu jalan. Duduk di stesen bus menunggu ketibaan abah. Di sebelah kanan saya (di bahagian hujung bangku) ada 2 org budak lelaki sekolah menengah. Kemudian datanglah 2 org budak perempuan (A & B). Duduk betul2 disebelah kanan saya. Kemudian mereka duduk sambil berborak isu yang tak saya ketahui. Tidak lama kemudian, salah seorang budak lelaki tadi datang dan memanggil budak perempuan A utk duduk berbincang dengannya tentang suatu perkara. Tiba-tiba pelajar perempuan A datang kembali kepada kawannya sambil berkata ‘Mak aku, mak aku’ (ketakutan). Bila dirasakan sudah reda, kembali berborak bersama pelajar lelaki tersebut – kali ini di belakang bus stand.

Mulut saya mula gatal nak menegur, hati saya mula mendidih (bukannya marah tapi rasa sensitive terhadap apa yang sedang berlaku). Mula-mula sya berfikir wajarkah saya menegur? Tapi akhirnya saya nekad utk menegur. Sedang mencari2 perkataan utk memulakan misi saya pada pelaja perempuan B, tiba-tiba, saya ternampak kelaran ditangan kanan pelajar tersebut. Tanpa berfikir saya terus menegur sambil memegang tangan pelajar tersebut.

“Kenapa dik buat mcm ni?” tegur saya.

“ Tak da apa2,” katanya.

“Marah sgt ke?” tanya ku. Berdasarkan experience masa zaman sekolah dulu, kawan2 yg main kelar tangan ni, biasanye mereka ni frust tentang sesuatu.

“Marah kat orang yer?”

Die menarik nafas panjang mengeluh “iye”.

Tak lama saya bercakap dengan pelajar B, tapi sempat la menyampaikan beberapa pesan termasuk la jgn buat lagi kerja kelar2 ni, tak baik, Tuhan marah.

(Apa yang saya kesalkan ialah tiadanya perasaan sayang pada diri sendiri.)

Seminit due kemudian, pelajar B pergi meninggalkan perhentian bus tersebut.

Saya terfikir utk menulis sedikit nota utk Pelajar B. (dengan menggunakan diary saya –hadiah harijadi yg sahabat berikan beberapa bulan lepas, jazakillah sis). Jadi, saya tuliskan.

Kereta abah pun tiba dihadapan perhentian bus tersebut.

Saya pass kan nota itu melalui kawannya, Pelajar A.

Saya berharap sedikit yg saya borakkan itu akan menjadi titik tolak perubahan pada pelajar tersebut. InsyaAllah.

Antara yg saya tuliskan:

Saya yakin bahawa didalam diri adik tersebut masih byk kebaikan yg tersimpan kerana dia masih menjaga kesopanannya bila dia berborak dengan saya, walaupun saya menegur satu perkara peribadinya. Maka saya katakan padanya yg saya yakin dia boleh berubah kearah kebaikan berdasarkan nilai2 yang masih ada dalam dirinya.

Dear readers,

Sayangilah diri kita. Yakinlah kita mampu berubah kearah kebaikan, kerana secara fitrahnya kita sukakan kebaikan. Lihatlah kebaikan yang berada disekeliling kita atau pada diri sahabat2 kita, nescaya, kita akan terjumpa punca kekuatan diri kita. Carilah di jalan yang betul dan dengan cara yang benar. Berdoalah pada Allah supaya sentiasa berada di bawah lindungan-Nya.

InsyaAllah…

Tinggalkan jawapan