DI manakah kita? Di manakah jahiliyyah kita?

Assalamualaikum.

Pernahkah kita terfikir, sepanjang kita berada di dalam lingkungan tarbiyyah ini, di manakah sebenarnya kedudukan kita (in terms of membuang jahilliyah kita).

Persoalan ini, saya tujukan pada diri saya sendiri dan juga semua. Bagi kita yang baru bertatih dalam bidang tarbiyyah ini, saya rasakan ada antara kita yang memberikan alasan utk kita terus menyimpan jahiliyyah kita. Saya faham kadang2 ada perkara yang mujahadahnye lebih dari perkara yang lain (dan setiap perkara adalah berbeza antara seorg dan seorg yang lain.)

Cuma, bila kita di nasihati dan ditegur, adakah kita memberikan alasan untuk men ‘defend’ diri kita sendiri (jawab la sendiri; ada org defend depan2, ada org defend dalam hati) tapi hakikatnya, masih ada saki baki jahiliyyah yg melekat pada diri kita. (saya yang menulis ni pun tak kurang mujahadahnya, sbb tu la tulis dalam blog ni kan?hehehe).

Smalam, bila memikirkan, adakah saya sedang merasionalkan kesan2 jahiliyyah yang masih melekat dalam diri ini, saya teringat tentang ayat Quran tentang sibghah Allah.

Susah kan nak jadi sibgah Allah.

Di sini ada perkara penting yang dapat saya keluarkan sebagai strategy utk menyelesaikan masalah ini.

Perhatikan GRAF iman kita. Adakah lebih baik dari hari semalam, lebih BURUK dari semalam, atau mendatar (mcm susah je nak mendatar ni). Jadi penting utk kita, maintan our Graf Iman ni supaya ia lebih baik dari sekarang.

Mulakan dengan perkara yg kita biasa buat . contoh

aurat: kalau dah setahun lebih ber hand sock, takkan tetiba di sebabkan keadaan iman yang menurun, kite dah lupa handsock and sarung kaki

ada banyak lagi contoh lain. Yg saya bg ni yg paling simple la kan?

Baru baru ini saya ada terfikir, kalau saya tidak berada di dalam ‘islam’ ini, maka saya akan terkeluar dari kemuliaan, kerana islam memberikan kemuliaan, dan jika kita menolak islam maka kita menolak kemuliaan yang telah diberikan Allah.

Jadi persoalannya sekarang, sejauh manakah kita (saya) telah beriman dengan ‘islam’ , cube meningkatkan graf iman, cuba menjadi sibgah Allah? Di manakah usaha kita utk melawan jahiliyyah yang mengelilingi kita?

Semua orang ada mujahadahnya sendiri, marilah sama2 kita bermujahadah dalam memastikan diri kita berada dalam islam ini. Dengarlah nasihat dari org yg memberi, amatilah dan belajar dari sekeliling, betulkan niat kerana Allah.

InsyaAllah.

Katakan