BAB 5

UNDANG-UNDANG SIBER MALAYSIA

1.AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Merupakan sendi kepada semua undang-undang siber di Malaysia. Menghuraikan mengenai dasar pembangunan ICT bagi negara ini – 10 objektif dasar nasional bagi industri komunikasi dan multimedia.

2.AKTA SURUHANJAYA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA 1998
Membolehkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengendalikan urusan berkaitan dengan jaringan seperti internet. Mengambilalih kuasa perlesenan terhadap spectrum penyiaran dan telekomunikasi.

3.AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1998
Digubal untuk membolehkan diterima secara sah segala urusan melalui online termasuk penggunaan tandatangan secara digital. Bertujuan meningkatkan e-commerce atau e-dagang. Kelulusan undang-undang ini perlu kerana pengesahan dari segi undang-undang adalah sukar untuk melaksanakan dokumentasi secara online.

4.AKTA JENAYAH KOMPUTER 1997
Melengkapkan undang-undang jenayah khususnya berkaitan dengan jenayah yang dilakukan melalui jaringan komputer. Memperuntukkan jenis-jenis jenayah dan hukumannya.

5.AKTA TELEPERUBATAN 1997
Membolehkan para doktor dan pengamal perubatan lain menggunakan jaringan internet untuk menjalankan operasi perubatan dari jarak jauh. Memperuntukkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh pengamal perubatan. Membawa bidang perubatan ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.

6.AKTA HAK CIPTA (Pindaan) 1997
Memasukkan unsur-unsur yang berkaitan dengan hakcipta dalam Akta induk. Bermakna apa-apa hasil karya yang dilakukan di dalam dan melalui internet adalah terlindung di bawah Akta Hakcipta.

7.AKTA PERDAGANGAN ELEKTRONIK 2006
Mengiktiraf dari segi undang-undang semua transaksi yang dijalankan secara elektronik tetapi pada masa yang sama tidak menghalang transaksi secara konvensional. Turut menekankan aspek pelindungan pengguna itu penting bagi memastikan pengguna secara amnya mempunyai keyakinan untuk menjalankan transaksi secara elektronik.

8.AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007
Memperuntukan bagi pengiktirafan undang-undang mesej elektronik dalam urusan antara Kerajaan dengan orang awam seperti permohonan lesen dan pendaftaran dapat dijalankan secara elektronik untuk memudahkan urusan. mengiktiraf pelaksanaan aktiviti kerajaan secara elektronik, seperti pelaksanaan urusan Kerajaan melalui Internet atau kiosk contohnya MyEG.

Tinggalkan komen